Tuesday, February 21, 2017

STRATEGI MENAJAWAB SOALAN PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK


 Berikut adalah beberapa strategi-strategi penyelesaian masalah: 

1. Permudahkan masalah

 Kadang kala masalah yang diberikan terlalu rumit dan kompleks. Permudahkan masalah tersebut bermakna mewujudkan masalah yang serupa dengan menggunakan angka-angka yang berbeza dan mudah. Kemudian buatkan perbandingan dan akhirnya kita yang memperolehi jawapan. Ø         


2. Melukis gambarajah 




Dengan melukis gambarajah kita dapat melihat pergerakan masalah tersebut secara tersusun. 


3. Memodelkan / Menjalankan simulasi / Melakonkan 



Memodelkan atau menjalankan simulasi adalah strategi yang paling berkesan untuk melihat pola perubahan dan keseluruhan masalah dapat dihayati dengan jelas. Dengan menggunakan model konkrit, ianya mempermudahkan penyelesaian masalah tersebut




4. Mengenal pasti pola 

Dalam strategi ini pelajar perlu menganalisa pola dan membuat generalisasi berdasarkan pemerhatian mereka dan mengujinya dengan menggunakan data yang baru. Pola boleh wujud dalam bentuk gambar atau nombor. 
 
 
5. Menyenaraikan / Menjadualkan secara sistematik


 Jadual yang dibina seharusnya teratur dan tersusun agar maklumat dapat dilihat dengan cepat dan mudah. Graf juga boleh boleh digunakan untuk menunjukkan perhubungan di antara pembolehubah-pembolehubah. 

 
6. Cuba Jaya 


Strategi ini adalah cara termudah tetapi ianya memerlukan tekaan yang bijak dan penyemakan yang tersusun boleh membawa kepada jawapan atau penyelesaian. 
 
 
7. Kerja ke belakang 



Bekerja ke belakang antara strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ‘sequence’, pola, persamaan dan lain-lain. 


8. Menaakul secara mantik   

Pelajar menganalisa semua syarat-syarat dan memecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu. Sebahagian daripada masalah itu boleh diselesaikan dengan penyelesaian bahagian-bahagian kecil yang akan digabungkan semula untuk membentuk penyelesaian masalah tersebut.

No comments:

Post a Comment