Tuesday, May 16, 2017

APLIKASI GOOGLE DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN.

Esok ada kursus ni pulak. Study dulu sambil copy paste dalam blog ni. Bila google, rupanya kursus ini telah lama dijalankan sejak VLE diperkenalkan.

Aplikasi-aplikasi Google yang dapat dimanfaatkan dalam PdPc ialah  Google Drive, Google Documents dan Google Presentations. 

Gguru berbengkel untuk menghasilkan Google Documents dari bahan-bahan sedia ada guru dan dimuatnaik ke Google Drive untuk storan awan dan perkongsian bahan.. Guru juga boleh menghasilkan  Google Presentation dari bahan Power Point yang dapat diterapkan ke portal frog VLE untuk PdPc.

Tuesday, February 21, 2017

STRATEGI MENAJAWAB SOALAN PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK


 Berikut adalah beberapa strategi-strategi penyelesaian masalah: 

1. Permudahkan masalah

 Kadang kala masalah yang diberikan terlalu rumit dan kompleks. Permudahkan masalah tersebut bermakna mewujudkan masalah yang serupa dengan menggunakan angka-angka yang berbeza dan mudah. Kemudian buatkan perbandingan dan akhirnya kita yang memperolehi jawapan. Ø         


2. Melukis gambarajah 




Dengan melukis gambarajah kita dapat melihat pergerakan masalah tersebut secara tersusun. 


3. Memodelkan / Menjalankan simulasi / Melakonkan 



Memodelkan atau menjalankan simulasi adalah strategi yang paling berkesan untuk melihat pola perubahan dan keseluruhan masalah dapat dihayati dengan jelas. Dengan menggunakan model konkrit, ianya mempermudahkan penyelesaian masalah tersebut




4. Mengenal pasti pola 

Dalam strategi ini pelajar perlu menganalisa pola dan membuat generalisasi berdasarkan pemerhatian mereka dan mengujinya dengan menggunakan data yang baru. Pola boleh wujud dalam bentuk gambar atau nombor. 
 
 
5. Menyenaraikan / Menjadualkan secara sistematik


 Jadual yang dibina seharusnya teratur dan tersusun agar maklumat dapat dilihat dengan cepat dan mudah. Graf juga boleh boleh digunakan untuk menunjukkan perhubungan di antara pembolehubah-pembolehubah. 

 
6. Cuba Jaya 


Strategi ini adalah cara termudah tetapi ianya memerlukan tekaan yang bijak dan penyemakan yang tersusun boleh membawa kepada jawapan atau penyelesaian. 
 
 
7. Kerja ke belakang 



Bekerja ke belakang antara strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah ‘sequence’, pola, persamaan dan lain-lain. 


8. Menaakul secara mantik   

Pelajar menganalisa semua syarat-syarat dan memecahkan kepada bahagian-bahagian tertentu. Sebahagian daripada masalah itu boleh diselesaikan dengan penyelesaian bahagian-bahagian kecil yang akan digabungkan semula untuk membentuk penyelesaian masalah tersebut.

BAHAN SITE VLE FROG MATEMATIK TAHUN 5 (TOLAK)

RPH

Di bawah ini adalah bahan VLE Frog yang digunakan dalam sesi pdpc tadi. 2 hari jugalah nak siapkan. Sebelum tu nak ceritakan sikit pasal RPH.

3  Tema / Tajuk Standard
    Pembelajaran (KOD):
3. TOLAK DALAM LINGKUNGAN 1 000 000
3.3    Penyelesaian masalah
4  Objektif Pembelajaran:
i.   Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan penolakan dengan menggunakan pelbagai strategi
5  Aktiviti PDP:
         1.       Murid membaca objektif pembelajaran
         2.       Murid menyanyi lagu berkenaan tolak dan tambah dan mengenali kata kunci
         3.       Guru memberikan contoh situasi berkaitan dengan tolak
         4.       Guru membimbing murid membina ayat matematik dan menjawab soalan
         5.       Murid membuat latihan dalam laman vle frog
a.        Isi form
b.       Jawab Kuiz
c.        Kahoot


Saya masih lagi degil, tak ubah lagi gaya penulisan RPH. Tunggulah bila SISC+ datang pantau nanti. Mula=mula macam tak dapat terima juga kenapa aku antara yang dipilih. Tapi sekarang anggap sajaha sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kualiti pdpc demi kemenjadian murid dan meningkatkan kemahiran diri sendiri.



Dalam site bahan yang khusu untuk 1 sesi pdpc ini saya bahagikan kepada beberapa page iaitu  objektif, pengenalan, pembelajaran, aktiviti dan forum. Setiap page menggunakan widget yang berlainan.

Untuk page objektif saya menggunakan widget my notes. Walaupun kurang menarik, tapi niat saya adalah untuk mempelbagaikan widget, Ini adalah kali pertama saya membina site yang lengkap bagi 1 sesi pdpc.


 
Saya mulakan sesi pdpc dengan pembacaan objektif pembelajaran oleh murid, Maksudnya selepas sesi ini mereka dapat menguasai objektif yang digariskan.




Dalam page kedua iaitu pengenalan saya menggunakan widget media sahaja. Satu saya letakkan video lagu KASDIM dan satu lagi imej mengenai lirik lagu berkenaan supaya murid lebih ingat kata kunci.


Unsur DIDIK HIBUR
Dalam aktiviti RPH di atas saya menggabungkan unsur  Didik Hibur melalui lagu Tambah Tolak (KASDIM) dan liriknya sekali   Antara latihan selepas ini adalah  10 soalan yang menggabungkan soalan tambah, tolak dan operasi bergabung. Jadi murid perlu mengenalpasti kata kunci seperti jumlah, baki, beza bagi menentukan operasi yang tepat.







Dari mudah ke kompleks. Dari konkrit ke abstrak.
Jika lihat kepada imej di bawah, soalannya sangat mudah supaya saya boleh menggunakan objek yang  konkrit seperti buku, pensel dan sebagainya bagi menerangkan situasi operasi tolak.

Tadi juga saya melibatkan murid sebagai objek supaya mudah dibuat perbandingan dan dapat melibatkan murid secara langsung dalam pdpc,

Saya cuba untuk memberikan kefahaman bagi membina ayat matematik dulu sebelum menyelesaikan masalah.






Di bawah ini adalah widget Random Name dan video contoh soalan penyelesaian masalah mengenai penolakan. Fungsi random ini ialah supaya murid rasa teruja ingin mengetahui nama siapa yang akan naik dan seterusnya menjawab soalan dari guru.

Video di bawah adalah salah satu contoh langkah-langkah dalam menjawab soalan berbentuk penyelesaian  masalah.


Antara langkah-langkah dalam menjawab soalan penyelesaian masalah ialah

i) Mengenalpasti maklumat yang diberi
ii) Mengenalpasti maklumat yang dicari
iii) Menentukan operasi matematik yang diperlukan
iv) Membuat langkah pengiraan
v) Memberi jawapan


i) Kebanyakan murid sering lupa atau malas menyalin semula secara ringkas maklumat yang diberi. Mereka terus membuat pengiraan yang menyebabkan jawapan mereka salah kerana silap faham. Kalau saya pula, selalu saya tekakan tulis maklumat dengan ringkas dulu bagi memudahkan pemahaman.

ii) Selepas dah tahu apa maklumat yang diberi, seterusnya murid boleh membayangkan objek dalam soalan makin banyak atau makin sedikit. Jadi ada dua pilihan, jika bertambah banyak maka operasinya adalah tambah atau darab, Tapi cara ni tidak boleh diamalkan untuk semua soalan contohnya seperti soalan di atas.

Jadi langkah kedua adalah mencari apa yang dikehendaki oleh soalan. Disebabkan topik ini mengenai tolak, jadi kata kunci yang berkaitan dengan tolak ialah
1. baki
2, beza
3. berapa lebih
4. berapa kurang 
5. selisih
6. bandingkan
7. berapa tinggal



Salah  satu   punca  murid  melakukan  kesalahan  dalam  penyelesaian  masalah    ialahs mereka tidak dapat menteremah soalan penyelesaian masalah kepada ayat matematik. Jadi dalam latihan di atas, murid di minta untuk mengisi ayat matematik di kotak kosong di sebelah kanan soalan. 

Widget yang digunakan untuk membina kotak jawapan ialah form. Kita boleh menambah kotak form sebanyak mana yang kita suka.







Untuk menyemak tugasan murid, kita boleh klik site dan klik data viewer. Selepas itu akan dipaparkan ringkasan data submission tugasan oleh murid. Kita juga boleh memindahkan data berkenaan ke excell dengan memilih export seperti di bawah.
















 





Sunday, February 19, 2017

PANDUAN RINGKAS BINA BAHAN PDPC VLE FROG

Walaupun VLE Frog dah lama diperkenalkan, belum pernah lagi aku guna sepenuhnya dalam kelas. Nak suruh murid log in pun dah ambil masa 1 masa. Nak kawal kelas lagi, nak demo lagi, jadi memang tak sempatlah nak guna.

Mulai 2017 ni, aku berazam untuk guna laman VLE Frog sebagai medium utama pdpc. Tu pun sebab baru tahun ni setiap panitia diwajibkan mencapai KPI tertentu yang ditetapkan.

Sebenarnya panduan di bawah ni untuk diri sendiri. Sekarang ni baru nak google dan 'compilekan' hasil terbaik, padat dan ringkas kat sini. Harap dapat beri manfaat kepada semua.

Panduan ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Kita tinggalkanlah part nak "log in" dan edit dashboard  kerana walaupun ramai lagi yang tak tahu, tapi boleh cari kat lain.

1. Mengenali dan memasukkan Widget
2. Membina laman tugasan




1. Mengenali dan memasukkan Widget

i. MEDIA

Widget yang paling popular ialah media. Itulah yang pailing banyak aku nampak samada site guru atau murid. Media ini boleh memaparkan imej atau video. Selepas seretkan widget dalam kotak ruangan, anda boleh la upload file sedia ada atau discover melalui internet.




ii. TEXT
  
Pilih widget Text dan seret ia ke dalam kotak kandungan laman.
  Pastikan kotak bertukar ke warna biru sebelum anda melepaskan widget tersebut.




iii. SCORM
SCORM (Sharable Content Object Reference Model) secara umumnya adalah bahan interaktif e-learning yang telah sedia ada di internet. Widget SCORM membolehkan kandungan SCORM dipaparkan dalam laman.

Widget SCORM mengandungi fungsi carian modul interaktif supaya anda boleh mencari dan menggunakan kandungan SCORM percuma yang dibekalkan oleh KPM.





iv. WALL
















































2. Membina laman tugasan

















Rujukan
1. http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/pluginfile.php/197/mod_resource/content/1/E-Book%20Modul%20Frog%20VLE%20Siri%202%20-%20GC.pdf


Saturday, January 14, 2017

TAKWIM SEKOLAH STACMA 2017


LAGU SEKOLAH STACMA

SEKOLAH TAMAN CAHAYA MASAI
BERDIRI MEGAH DI MALAYSIA
HARUM NAMAMU
HEBAT VISI MU
LAMBANG KEBANGGAAANKU



KUALITI MEMACU TRANSFORMASI
MEMBANGUN INSAN BERKUALITI
MENJANA MINDA GENERASI TERBILANG
SEKOLAHKU YANG GEMILANG



KUALITI MEMACU TRANSFORMASI
MENUJU KE ARAH PERUBAHAN
BERSATU PADU KE ARAH KEJAYAAN
SEKOLAHKU YANG GEMILANG



HARUM NAMAMU
HEBAT VISIMU
LAMBANG KEBANGGAANKU