Tuesday, October 25, 2016

KURSUS MODUL TMK TAHUN 1 2017


 
Semua orang tertanya-tanya kenapa ada lagi TMK padahal dalam semakan baru KSSR dah takde subjek 
TMK. Ini TMK tahun 1 pula, apa cerita. Ramai rakan guru TMK yang bertanya sesama sendiri kenapa 
kursus ini diadakan. 
Kenapa GURU TMK yang kena hadir kursus dan bukannya guru tahun 1 2017?


Perlu faham bahawa;
1. Murid tahun 1 2016 adalah kumpulan terakhir yang akan mengambil pelajaran TMK.
    Iaitu apabila mereka berada  tahun 4 pada 2019 dan berakhir pada 2021 bila berada pada tahun 6.

    Jadi matapelaajran TMK hanya akan berakhir 5 tahun lagi iaitu 2021.

2. Modul TMK tahun 1 tidak sama dengan matapelajaran TMK.
    Modul TMK akan diaplikasikan oleh 8 subjek mengikut topik dan standard kandungan tertentu.

3. Semua guru tahun 1,  2017 perlu menguasai modul kemahiran asas TMK dan   modul aplikasi.


Ringkaskan cerita, modul TMK ini akan digunakan dalam 8 subjek tahun 1 pada tahun hadapan.
Maksudnya ada standard kandungan tertentu dalam DSKP yang perlu menggunakan TMK dalam pdp.

Guru perlu menguasai 2 kemahiran ialaitu kemahiran asas dan modul aplikasi. 
Modul kemahiran asas melibatkan Pengenalan Komputer, Microsoft Word, Power Point, Paint, Sound Recorder
dan Pelayar Web.



Kredit kepada http://tmkbera2017.blogspot.my/ yang menyediakan semua yang berkaitan dengan modul
TMK tahun 1 2017.























































Contoh RPH















































Beli Printer Baru: Epson L120

Perlukah beli printer baru ni. Dah ada 3 printer kat rumah, tak cukup lagi ke. Printer banyak tapi semua buat hal.

1.  HP F380

 Printer ni dibeli di Sibu,  Sarawak pada 2008 lagi. Masa pindah semenanjung, bawa juga balik. Agak lama juga tak guna sejak ada printer canon. Bila letak cartridge baru, boleh guna lagi sampai hari ni. Masalahnya sekarang cartridge dah abis dan mahal sangat nak beli baru. harga kombo RM120.


2. Canon MP230

  



 

Printer ni dah banyak kali servis kat kedai. Ada je masalah sebab jarang-jarang guna. Masalah terbaru ialah kertas masuk senget. Malas nak buat maintenance sendiri. Nak hantar kedai untuk servis pun malas. Setakat nak scan boleh lagi. Lagi satu, printer ni boleh on sendiri walaupun dah tekan butang off. Jadi kena cabut plug untuk selesaikan masalah ni.


3. Fuji Xerox 4510N






Beli printer ni RM80 je dari adik yang kerja di Kementerian.... Memang puas hati sebab dah 3 tahun guna dan dah beribu keping print tapi masih belum habis lagi toner. Tapi kualiti ink dah tak berapa cantik dan tak sesuai nak print dokumen dan sijil terutama dah akhir tahun ni.

Nak beli toner baru kena pikir banyak kali, mahal tu. Baik beli printer baru.




Jadi, kena beli printer baru juga ni. Antara kriteria pemilihan ialah

1. Tak nak 3 in 1 printer. Sebab dah ada 2 kat rumah
2. Saiz kecil dan portable. Senang nak bawa ke mana-mana
3. Ada tank ink kat luar dan boleh refillable
4. Bajet RM400-RM600


Tadi, 25/10/2016 dah keluarkan RM600. Dalam kepada rasa macam nak beli yang ada wifi. Ada juga terbayang nak beli printer Brother dan Epson 3 in 1.










Akhirnya bila dah puas tengok dan bincang dengan salesgirl tu, buat keputusan untuk ambil printer Epson L120 sebab:
1. Harga menarik RM400 berbanding  L220 RM560 kat kedai tu
2. Kecil molek dan mudah dibawa kemana-mana
3. Boleh print sehingga 4000 keping
4. Botol refill murah je. RM20 sebotol





 
This Epson L120 Printer is claimed to be a fast and cost efferctive document printer in a compact size, whose the tank system is stated to bring speedy performance with low running costs to all personal and work projects.
 
The Epson L120 ink tank system printer brings speedy performance with low running costs to all your personal and work projects.

High-yield ink bottles
Print speed up to 8.5ipm for black-and-white and 4.5ipm for color
Compact Size
Warranty of 2 Years or 20,000 Pages, whichever comes first