Sunday, September 18, 2016

MASALAH KURSUS ITHINK 2016

Hari ni hari kedua cuba buat KIDT I-Think  setelah tidak berjaya minggu lepas. Saya senaraikan dulu masalah-masalah yang dihadapi

1. Masalah tak tahu apa. Zero.

Tu la masa taklimat tak beri perhatian. Mana nak ambil perhatian sebab dah letih. Dalam taklimat ada pelbagai taklimat pulak tu. Bukan salah guru yang nak sampaikan maklumat tu, tapi Pentadbir yang sibuk nak bagi taklimat tu, taklimat ni sekali.

Kepada yang baca blog ni, adakah anda seperti saya. Tidak kot. Memang saya Zero Knowledge tentang I-THINK sehinggalah tergerak nak buat selepas UPSR dan selepas balik cuti hari raya haji 2016 ni,

Terima kasih kepada http://cikgushamsudin.blogspot.my/2016/02/pelaksanaan-kursus-ithink-dalam-talian.html kerana memberikan maklumat mengenai kursus ini.

Dengan tak sabarnya saya cuba akses http://mygfl.moe.gov.my/
Dia dah pesan dah  kena download, unsinstall dan install ni, tapi tak dengar.







Alhamdulillah, saya berjaya log in dan edit profile. Setakat tu je. Lepas tu tak boleh buat apa-apa dah sebab masalah JAVA dan FLASH kot. Lepas klik launch akan keluar pop up screen tapi tak bergerak-gerak. Kalau keluar macam kat bawah ni, baru dikatakan berjaya.

2. Masalah Mozilla, flash dan java kena uninstall

   Jangan degil macam saya yang tak nak uninstall.
   Jadi
   1, Uninstall Mozilla, java dan flash
   2. download saja link seperti dibawah
   3, Install semua. Mungkin kena restart.

https://www.scribd.com/document/299089834/Panduan-Akses-Ithink

https://www.youtube.com/watch?v=X0M81uLy-tw

Anda semua boleh klik link di atas. Insya Allah dapat atasi masalah.



3.  Masalah SISTEM tak SAVE data dan mengelirukan.
Masalahnya bila kita berhenti dan quit dengan cara yang tak betul, segala apa yang dah dibuat mungkin akan hilang. Ataupun ianya tidak hilang tapi susah nak teruskan modul seterusnya. Kita bincang satu persatu dulu.

Jadi pastikan anda semua ikut panduan berikut bila nak quit.

1. Bila dah siap. Akan keluar garisan petak kuning
2, Tekan Quit hingga ada mesej current session has ended.
3. Tutup pop up (frame tadi)
4. Tutup ithink . http://mygfl.moe.gov.my

https://www.scribd.com/doc/315677979/Panduan-Siapkan-Ithink-Dalam-Tempoh-18jam


4. Keliru Data tak hilang tapi pening

Walaupun dah siap banyak tapi dia akan mula dari semula balik.

Dah la mula dari awal, bahasa bertukar pula tu. Masa ni la gabra, kalau tersilap tekan nanti kena buat dari semula balik. Jangan risau, asalkan dekat icon menu sebelah kiri tu dah ada tick hijau, ianya takkan hilang, Ada caranya, Jadi saya akan tekan balik pilih bahasa dan terus sambung modul seterusnya.






Setakat ni lah saja yang rasa nak buat. Bersambung lagi selepas ni