Tuesday, November 6, 2012

Rayuan Pertukaran Guru

10.30 pagi tadi, bila sampai saja di KPM aras 3, Sektor Pengurusan Sekolah Rendah terus pergi kaunter nak serah surat rayuan pertukaran. Kerani kat situ suruh masuk bilik mesyuarat. Apahal plak. Rupanya dah ada 30-40 orang kat dalam. Pegawai tu mungkin nak jumpa ramai-ramai dengan yang merayu tukar.

Kebanyakannya pasangan guru yang ingin bertukar termasuklah aku. Nasib baik ramai dah yang cakap. jadi cepatlah turn aku. "saya mewakili isteri saya.............. mohon tukar dari Mukah, Sarawak ke Selangor". Dia dah cakap awal-awal tadi Selangor penuh, Hulu Langat lagila. "kalau tak dapat ke Selangor, saya mohon tukar ke Johor". Tuan orang Johor ke, dia tanya. "Tak, encik cakap tadi Johor ada kosong lagi, lagipun isteri saya orang Johor". Kenapa tak minta tukar Sarawak je. "Saya mula-mula posting kat Sarawak dulu, dah berjauhan. Pedalaman 3 lagi. Ajar Prasekolah 2 tahun pulak tu. Masa tu dia belajar lagi, balik KL sebulan sekali. Dia opsyen apa. "PI". Pastu dia cakap, macama kalau minta tukar KL je. KL memang nak guru PI. "ok la encik, tak kisah mana2 asalkan dapat balik dari sana. ok, next.. orang lain pulak.

Antara maklumat yang dapat tadi.
1) 4 negeri je kosong. KL, Johor, lagi 2 apa ye
2) Sarawak kurang guru 400 lebih
3) Sabah lebih guru 114. Ada sorang tu minta tukar sabah tapi tak dapat. Hairan dia.
4) Warga ATM akan ditukarkan mengikut pasangan jika pasangan tak dapat tukar. Hasil perbincangan Panglima ATM dengan KPM. Ramai juga tentera datang tadi.
5) 'Cutting point' nak tukar; khidmat 5 tahun bagi bujang, 36 bulan yang berkahwin
6) nak serah surat rayuan tak payah bagi sampul. buat menyemak je. Tapi ada juga yang tak buat surat, tak tahu la orang lain bawa apa lagi, tapi aku lampirkan salinan
          1. surat keputusan permohonan pindah
          2. kad klinik mengandung
          3. surat sah lantikan
          4. surat dari hospital itu saja, tk