Tuesday, November 8, 2016

ULASAN GURU KELAS

Kini tibalah masanya 








Pencapaian lemah
1. PERBANYAKKAN LATIHAN BAGI MATAPELAJARAN YANG LEMAH.

2. LEMAH DALAM PENGUASAAN MATEMATIK. BANYAKKAN MEMBUAT LATIHAN DI RUMAH.

3. PENCAPAIAN AGAK LEMAH. PERLU LEBIH BANYAK MENGULANGKAJI PELAJARAN.

4. ANDA MESTI MEMPUNYAI MOTIVASI YANG TINGGI DAN MINAT TERHADAP    PELAJARAN  DI  DALAM KELAS. 
ANDA MAMPU  MENINGKATKAN PENCAPAIAN  DENGAN BERSIKAP PROAKTIF DI DALAM KELAS.








Cemerlang atau ada peningkatan

1. BERPOTENSI UNTUK MEMCATAT KEJAYAAN LEBIH CEMERLANG.
   BERUSAHALAH UNTUK LEBIH BERINTERAKSI DI DALAM KELAS DAN 
   TUNJUKKAN POTENSI ANDA.

2. TAHNIAH DI ATAS USAHA ANDA. 
   MANTAPKAN LAGI KEPUTUSAN ANDA DI MASA AKAN DATANG.


3.  ANDA SEORANG YANG BERPOTENSI UNTUK BERJAYA. TINGKATKAN KEYAKINAN ANDA DAN BERIKAN SEPENUHNYA TUMPUAN KETIKA BELAJAR



4. USAHA ANDA TELAH MENUNJUKKAN HASIL YANG AGAK BAIK. GANDAKAN USAHA ANDA UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN YANG  LEBIH BAIK.




Pencapaian sederhana atau ulasan umum 
1. TUMPUKAN PERHATIAN DI DALAM KELAS. BANYAKKAN MENGULANGKAJI PELAJARAN DAN
LATIHAN DI RUMAH

2. TINGKATKAN LAGI USAHA ANDA. ANDA MAMPU MELAKUKAN YANG LEBIH BAIK.

3. GANDAKAN LAGI USAHA ANDA SERTA TUMPUKAN PERHATIAN DI DALAM KELAS.
    ANDA MAMPU MELAKUKAN YANG LEBIH BAIK

4.  BANYAKKAN LATIHAN TERUTAMA DALAM PELAJARAN MATEMATIK. BERUSAHALAH.


5. TINGKATKAN LAGI DAYA USAHA ANDA. ANDA MAMPU MELAKUKAN YANG LEBIH BAIK.

Tuesday, October 25, 2016

KURSUS MODUL TMK TAHUN 1 2017


 
Semua orang tertanya-tanya kenapa ada lagi TMK padahal dalam semakan baru KSSR dah takde subjek 
TMK. Ini TMK tahun 1 pula, apa cerita. Ramai rakan guru TMK yang bertanya sesama sendiri kenapa 
kursus ini diadakan. 
Kenapa GURU TMK yang kena hadir kursus dan bukannya guru tahun 1 2017?


Perlu faham bahawa;
1. Murid tahun 1 2016 adalah kumpulan terakhir yang akan mengambil pelajaran TMK.
    Iaitu apabila mereka berada  tahun 4 pada 2019 dan berakhir pada 2021 bila berada pada tahun 6.

    Jadi matapelaajran TMK hanya akan berakhir 5 tahun lagi iaitu 2021.

2. Modul TMK tahun 1 tidak sama dengan matapelajaran TMK.
    Modul TMK akan diaplikasikan oleh 8 subjek mengikut topik dan standard kandungan tertentu.

3. Semua guru tahun 1,  2017 perlu menguasai modul kemahiran asas TMK dan   modul aplikasi.


Ringkaskan cerita, modul TMK ini akan digunakan dalam 8 subjek tahun 1 pada tahun hadapan.
Maksudnya ada standard kandungan tertentu dalam DSKP yang perlu menggunakan TMK dalam pdp.

Guru perlu menguasai 2 kemahiran ialaitu kemahiran asas dan modul aplikasi. 
Modul kemahiran asas melibatkan Pengenalan Komputer, Microsoft Word, Power Point, Paint, Sound Recorder
dan Pelayar Web.



Kredit kepada http://tmkbera2017.blogspot.my/ yang menyediakan semua yang berkaitan dengan modul
TMK tahun 1 2017.























































Contoh RPH















































Beli Printer Baru: Epson L120

Perlukah beli printer baru ni. Dah ada 3 printer kat rumah, tak cukup lagi ke. Printer banyak tapi semua buat hal.

1.  HP F380

 Printer ni dibeli di Sibu,  Sarawak pada 2008 lagi. Masa pindah semenanjung, bawa juga balik. Agak lama juga tak guna sejak ada printer canon. Bila letak cartridge baru, boleh guna lagi sampai hari ni. Masalahnya sekarang cartridge dah abis dan mahal sangat nak beli baru. harga kombo RM120.


2. Canon MP230

  



 

Printer ni dah banyak kali servis kat kedai. Ada je masalah sebab jarang-jarang guna. Masalah terbaru ialah kertas masuk senget. Malas nak buat maintenance sendiri. Nak hantar kedai untuk servis pun malas. Setakat nak scan boleh lagi. Lagi satu, printer ni boleh on sendiri walaupun dah tekan butang off. Jadi kena cabut plug untuk selesaikan masalah ni.


3. Fuji Xerox 4510N






Beli printer ni RM80 je dari adik yang kerja di Kementerian.... Memang puas hati sebab dah 3 tahun guna dan dah beribu keping print tapi masih belum habis lagi toner. Tapi kualiti ink dah tak berapa cantik dan tak sesuai nak print dokumen dan sijil terutama dah akhir tahun ni.

Nak beli toner baru kena pikir banyak kali, mahal tu. Baik beli printer baru.




Jadi, kena beli printer baru juga ni. Antara kriteria pemilihan ialah

1. Tak nak 3 in 1 printer. Sebab dah ada 2 kat rumah
2. Saiz kecil dan portable. Senang nak bawa ke mana-mana
3. Ada tank ink kat luar dan boleh refillable
4. Bajet RM400-RM600


Tadi, 25/10/2016 dah keluarkan RM600. Dalam kepada rasa macam nak beli yang ada wifi. Ada juga terbayang nak beli printer Brother dan Epson 3 in 1.










Akhirnya bila dah puas tengok dan bincang dengan salesgirl tu, buat keputusan untuk ambil printer Epson L120 sebab:
1. Harga menarik RM400 berbanding  L220 RM560 kat kedai tu
2. Kecil molek dan mudah dibawa kemana-mana
3. Boleh print sehingga 4000 keping
4. Botol refill murah je. RM20 sebotol





 
This Epson L120 Printer is claimed to be a fast and cost efferctive document printer in a compact size, whose the tank system is stated to bring speedy performance with low running costs to all personal and work projects.
 
The Epson L120 ink tank system printer brings speedy performance with low running costs to all your personal and work projects.

High-yield ink bottles
Print speed up to 8.5ipm for black-and-white and 4.5ipm for color
Compact Size
Warranty of 2 Years or 20,000 Pages, whichever comes first

Sunday, September 18, 2016

MASALAH KURSUS ITHINK 2016

Hari ni hari kedua cuba buat KIDT I-Think  setelah tidak berjaya minggu lepas. Saya senaraikan dulu masalah-masalah yang dihadapi

1. Masalah tak tahu apa. Zero.

Tu la masa taklimat tak beri perhatian. Mana nak ambil perhatian sebab dah letih. Dalam taklimat ada pelbagai taklimat pulak tu. Bukan salah guru yang nak sampaikan maklumat tu, tapi Pentadbir yang sibuk nak bagi taklimat tu, taklimat ni sekali.

Kepada yang baca blog ni, adakah anda seperti saya. Tidak kot. Memang saya Zero Knowledge tentang I-THINK sehinggalah tergerak nak buat selepas UPSR dan selepas balik cuti hari raya haji 2016 ni,

Terima kasih kepada http://cikgushamsudin.blogspot.my/2016/02/pelaksanaan-kursus-ithink-dalam-talian.html kerana memberikan maklumat mengenai kursus ini.

Dengan tak sabarnya saya cuba akses http://mygfl.moe.gov.my/
Dia dah pesan dah  kena download, unsinstall dan install ni, tapi tak dengar.







Alhamdulillah, saya berjaya log in dan edit profile. Setakat tu je. Lepas tu tak boleh buat apa-apa dah sebab masalah JAVA dan FLASH kot. Lepas klik launch akan keluar pop up screen tapi tak bergerak-gerak. Kalau keluar macam kat bawah ni, baru dikatakan berjaya.

2. Masalah Mozilla, flash dan java kena uninstall

   Jangan degil macam saya yang tak nak uninstall.
   Jadi
   1, Uninstall Mozilla, java dan flash
   2. download saja link seperti dibawah
   3, Install semua. Mungkin kena restart.

https://www.scribd.com/document/299089834/Panduan-Akses-Ithink

https://www.youtube.com/watch?v=X0M81uLy-tw

Anda semua boleh klik link di atas. Insya Allah dapat atasi masalah.



3.  Masalah SISTEM tak SAVE data dan mengelirukan.
Masalahnya bila kita berhenti dan quit dengan cara yang tak betul, segala apa yang dah dibuat mungkin akan hilang. Ataupun ianya tidak hilang tapi susah nak teruskan modul seterusnya. Kita bincang satu persatu dulu.

Jadi pastikan anda semua ikut panduan berikut bila nak quit.

1. Bila dah siap. Akan keluar garisan petak kuning
2, Tekan Quit hingga ada mesej current session has ended.
3. Tutup pop up (frame tadi)
4. Tutup ithink . http://mygfl.moe.gov.my

https://www.scribd.com/doc/315677979/Panduan-Siapkan-Ithink-Dalam-Tempoh-18jam


4. Keliru Data tak hilang tapi pening

Walaupun dah siap banyak tapi dia akan mula dari semula balik.

Dah la mula dari awal, bahasa bertukar pula tu. Masa ni la gabra, kalau tersilap tekan nanti kena buat dari semula balik. Jangan risau, asalkan dekat icon menu sebelah kiri tu dah ada tick hijau, ianya takkan hilang, Ada caranya, Jadi saya akan tekan balik pilih bahasa dan terus sambung modul seterusnya.






Setakat ni lah saja yang rasa nak buat. Bersambung lagi selepas ni