RPH
Di bawah ini adalah bahan VLE Frog yang digunakan dalam sesi pdpc tadi. 2 hari jugalah nak siapkan. Sebelum tu nak ceritakan sikit pasal RPH.
3 Tema / Tajuk Standard
Pembelajaran (KOD):
|
3. TOLAK DALAM LINGKUNGAN 1 000 000
|
3.3
Penyelesaian masalah
|
4 Objektif Pembelajaran:
|
i.
Menyelesaikan masalah harian
yang melibatkan penolakan dengan menggunakan pelbagai strategi
|
|
5 Aktiviti PDP:
|
1.
Murid membaca objektif pembelajaran
2.
Murid menyanyi lagu berkenaan tolak
dan tambah dan mengenali kata kunci
3.
Guru memberikan contoh situasi
berkaitan dengan tolak
4.
Guru membimbing murid membina ayat
matematik dan menjawab soalan
5.
Murid membuat latihan dalam laman
vle frog
a.
Isi
form
b.
Jawab
Kuiz
c.
Kahoot
|
Saya masih lagi degil, tak ubah lagi gaya penulisan RPH. Tunggulah bila SISC+ datang pantau nanti. Mula=mula macam tak dapat terima juga kenapa aku antara yang dipilih. Tapi sekarang anggap sajaha sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kualiti pdpc demi kemenjadian murid dan meningkatkan kemahiran diri sendiri.
Dalam site bahan yang khusu untuk 1 sesi pdpc ini saya bahagikan kepada beberapa page iaitu objektif, pengenalan, pembelajaran, aktiviti dan forum. Setiap page menggunakan widget yang berlainan.
Untuk page objektif saya menggunakan widget my notes. Walaupun kurang menarik, tapi niat saya adalah untuk mempelbagaikan widget, Ini adalah kali pertama saya membina site yang lengkap bagi 1 sesi pdpc.
Saya mulakan sesi pdpc dengan pembacaan objektif pembelajaran oleh murid, Maksudnya selepas sesi ini mereka dapat menguasai objektif yang digariskan.

Dalam page kedua iaitu pengenalan saya menggunakan widget media sahaja. Satu saya letakkan video lagu KASDIM dan satu lagi imej mengenai lirik lagu berkenaan supaya murid lebih ingat kata kunci.
Unsur DIDIK HIBUR
Dalam aktiviti RPH di atas saya menggabungkan unsur Didik Hibur melalui lagu Tambah Tolak (KASDIM) dan liriknya sekali
Antara latihan selepas ini adalah 10 soalan yang menggabungkan soalan
tambah, tolak dan operasi bergabung. Jadi murid perlu mengenalpasti kata
kunci seperti jumlah, baki, beza bagi menentukan operasi yang tepat.

Dari mudah ke kompleks. Dari konkrit ke abstrak.
Jika lihat kepada imej di bawah, soalannya sangat mudah supaya saya
boleh menggunakan objek yang konkrit seperti buku, pensel dan
sebagainya bagi menerangkan situasi operasi tolak.Tadi juga saya melibatkan murid sebagai objek supaya mudah dibuat perbandingan dan dapat melibatkan murid secara langsung dalam pdpc,
Saya cuba untuk memberikan kefahaman bagi membina ayat matematik dulu sebelum menyelesaikan masalah.

Di bawah ini adalah widget Random Name dan video contoh soalan penyelesaian masalah mengenai penolakan. Fungsi random ini ialah supaya murid rasa teruja ingin mengetahui nama siapa yang akan naik dan seterusnya menjawab soalan dari guru.
Video di bawah adalah salah satu contoh langkah-langkah dalam menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah.
Antara langkah-langkah dalam menjawab soalan penyelesaian masalah ialah
i) Mengenalpasti maklumat yang diberi
ii) Mengenalpasti maklumat yang dicari
iii) Menentukan operasi matematik yang diperlukan
iv) Membuat langkah pengiraan
v) Memberi jawapan
i) Kebanyakan murid sering lupa atau malas menyalin semula secara ringkas maklumat yang diberi. Mereka terus membuat pengiraan yang menyebabkan jawapan mereka salah kerana silap faham. Kalau saya pula, selalu saya tekakan tulis maklumat dengan ringkas dulu bagi memudahkan pemahaman.
ii) Selepas dah tahu apa maklumat yang diberi, seterusnya murid boleh membayangkan objek dalam soalan makin banyak atau makin sedikit. Jadi ada dua pilihan, jika bertambah banyak maka operasinya adalah tambah atau darab, Tapi cara ni tidak boleh diamalkan untuk semua soalan contohnya seperti soalan di atas.
Jadi langkah kedua adalah mencari apa yang dikehendaki oleh soalan. Disebabkan topik ini mengenai tolak, jadi kata kunci yang berkaitan dengan tolak ialah
1. baki
2, beza
3. berapa lebih
4. berapa kurang
5. selisih
6. bandingkan
7. berapa tinggal

Salah satu punca murid melakukan kesalahan dalam penyelesaian masalah ialahs mereka tidak dapat menteremah soalan penyelesaian masalah kepada ayat matematik. Jadi dalam latihan di atas, murid di minta untuk mengisi ayat matematik di kotak kosong di sebelah kanan soalan.
Widget yang digunakan untuk membina kotak jawapan ialah form. Kita boleh menambah kotak form sebanyak mana yang kita suka.
Untuk menyemak tugasan murid, kita boleh klik site dan klik data viewer. Selepas itu akan dipaparkan ringkasan data submission tugasan oleh murid. Kita juga boleh memindahkan data berkenaan ke excell dengan memilih export seperti di bawah.




No comments:
Post a Comment