Tuesday, October 25, 2016

KURSUS MODUL TMK TAHUN 1 2017


 
Semua orang tertanya-tanya kenapa ada lagi TMK padahal dalam semakan baru KSSR dah takde subjek 
TMK. Ini TMK tahun 1 pula, apa cerita. Ramai rakan guru TMK yang bertanya sesama sendiri kenapa 
kursus ini diadakan. 
Kenapa GURU TMK yang kena hadir kursus dan bukannya guru tahun 1 2017?


Perlu faham bahawa;
1. Murid tahun 1 2016 adalah kumpulan terakhir yang akan mengambil pelajaran TMK.
    Iaitu apabila mereka berada  tahun 4 pada 2019 dan berakhir pada 2021 bila berada pada tahun 6.

    Jadi matapelaajran TMK hanya akan berakhir 5 tahun lagi iaitu 2021.

2. Modul TMK tahun 1 tidak sama dengan matapelajaran TMK.
    Modul TMK akan diaplikasikan oleh 8 subjek mengikut topik dan standard kandungan tertentu.

3. Semua guru tahun 1,  2017 perlu menguasai modul kemahiran asas TMK dan   modul aplikasi.


Ringkaskan cerita, modul TMK ini akan digunakan dalam 8 subjek tahun 1 pada tahun hadapan.
Maksudnya ada standard kandungan tertentu dalam DSKP yang perlu menggunakan TMK dalam pdp.

Guru perlu menguasai 2 kemahiran ialaitu kemahiran asas dan modul aplikasi. 
Modul kemahiran asas melibatkan Pengenalan Komputer, Microsoft Word, Power Point, Paint, Sound Recorder
dan Pelayar Web.



Kredit kepada http://tmkbera2017.blogspot.my/ yang menyediakan semua yang berkaitan dengan modul
TMK tahun 1 2017.























































Contoh RPH















































No comments:

Post a Comment